RichWorks Bantu Usahawan Untuk Bangkit Semula

2021 kini berlalu pergi meninggalkan kita semua. Pelbagai kisah suka dan duka telah rakyat Malaysia lalui bersama-sama. COVID-19 belum usai, banjir pula menyusul pada pengakhiran tahun 2021. Namun kita sebagai hamba-Nya harus menerima ujian ini dengan penuh tabah dan redha.

Golongan peniaga paling terkesan dengan dugaan ini. Rata-rata daripada mereka berasa “down” dengan apa yang berlaku. Mereka tiada modal untuk membina balik perniagaannya. Menyedari golongan-golongan ini terkesan, RichWorks tampil menghulurkan bantuan.

Kematian Orang Tersayang Menjadi Pembakar Semangat

Allah Tidak Akan Menguji Hamba-Nya Kecuali Sesuai Dengan Kemampuannya. Datuk Wira Dr Azizan Osman Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) pun tidak lepas daripada ujian Allah. 

Beliau diuji dengan dijangkiti COVID-19 bersama 31 ahli keluarganya. Apa yang turut menyedihkan ialah ibu mertuanya meninggal dunia akibat penyakit ini. Malah keadaan Dr Azizan juga dikatakan hampir maut dan peluang untuk hidup amat nipis sekiranya masih tiada perubahan positif selepas diberikan bantuan mesin pernafasan. 

Sejak peristiwa menyayat hati itu, Dr Azizan bangkit tanpa menoleh ke belakang. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Program Percuma Untuk Bantu Usahawan

Setelah beliau sembuh dari Penyakit COVID-19, beliau begitu komited untuk membantu usahawan dengan membuat program secara percuma dan dihadiri ribuan orang. Hal ini bertujuan untuk memberi motivasi dan menaikkan semangat usahawan-usahawan untuk terus maju walaupun negara dilanda musibah.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Program Wanita Bangkit Berniaga , Program Berjaya Membuka Mata Pelbagai Pihak

Ujian yang melanda menyaksikan begitu ramai usahawan membabitkan golongan wanita dalam sektor industri kecil dan sederhana begitu terkesan. Oleh sebab itu, RichWorks memainkan peranan penting untuk membantu golongan ini.

Hasilnya, program ini mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Aktiviti kemasyarakatan dan sumbangan turut tidak dilupakan. Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). 

Beliau berkata lagi, kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. Malah, mereka juga membuat sumbangan kilat 24 jam (RM500,000) untuk mangsa banjir di Selangor dan sumbangan itu hasil daripada usahawan mereka dan RichWorks sendiri. 

Semasa ibadah korban 2021 yang lalu, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160. 

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Richworks Lahirkan Ramai Usahawan Berjaya

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini, RichWorks tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Pada tahun lepas, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire, sebanyak 72 usahawan yang berjaya capai jualan RM1 juta yang pertama dalam setahun.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Itu sedikit sebanyak perjalanan RichWorks. Anda boleh tonton video ini untuk menjadi saksi perjalanan RichWorks 2021.

Tentang Richworks

Richworks International Sdn. Bhd. merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terbaik.. semoga murah rezeki buat team RichWorks

    BalasPadam
  2. suka duka Richworks sebelum mengecapi kejayaan..tahniah Richworks..:)

    BalasPadam