Jom Belajar Bahasa Mandarin Mudah & Percuma Part 1

Bahasa cina Mudah

Hai guys. Nak belajar tak Bahasa Mandarin? Kenapa Riss nak mengajar anda bertutur dalam Bahasa Mandarin bukan Bahasa Tamil? Pertama, Bahasa Mandarin merupakan Bahasa “international” selepas Bahasa Inggeris. Selain itu, Malaysia mempunyai pelbagai latar belakang bangsa dan budaya. Dan masyarakat Cina merupakan kaum kedua terbesar selepas kaum Melayu. Bahasa juga boleh memainkan peranan untuk mengeratkan siraturrahim antara kaum. Tapi janganlah anda lupa akan Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa rasmi Negara kita.

Walaupun Riss bukan la fasih dalam berbahasa mandarin, tapi ilmu yang Riss ada sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk berkomunikasi dalam bahasa mandarin. Sebagai contoh, dapat membantu anda untuk “travel” ke negara-negara yang menggunakan Bahasa ini.

Riss mula belajar Bahasa Mandarin dari Riss menjejakkan kaki di UiTM sehinggalah sekarang. Ia banyak membantu Riss untuk berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling Riss.

Bahasa Mandarin tidak seperti Bahasa Inggeris yang menggunakan system alphabet sebaliknya ia menggunakan system pinyin.

Jom kenal apa Itu Sistem Pinyin?

Sistem tulisan Pinyin menggunakan huruf rumi untuk mewakili bunyi-bunyi dalam bahasa Mandarin baku. Cara huruf-huruf ini mewakili bunyi bahasa Mandarin baku berbeza berbanding bahasa lain yang ditulis dalam abjad rumi. Contohnya, bunyi-bunyi yang ditandai dalam pinyin dalam bentuk b dan g lebih dekat menyerupai bunyi-bunyi yang ditandai p dan k dalam kegunaan huruf rumi oleh sestengah bahasa Barat seperti bahasa Perancis. Huruf-huruf lain, seperti q, ü atau zh, menandai bunyi-bunyi yang tidak dapat disamakan kepada mana-mana bunyi bahasa Inggeris atau Melayu dengan tepatnya. (wikipedia)

Setiap "Chinese Character" mewaliki dengan satu suku kata pinyin, dan setiap suku kata terdiri daripada tiga bahagian secara keseluruhan iaitu 'initial', 'final' dan 'tone'.

belajar bahasa cina


Initial

Mempunyai 23 'initials'. Ia kelihatan seperti huruf bahasa inggeris. Tapi tak bermakna bunyi mereka sama.
jom belajar bahasa cina


Finals

terdapat 35 final keseluruhan, 6 adalah "Simple Final" dan 29 adalah "compound Finals".
belajar bahasa cina


Bahasa Mandarin Mudah Dan Percuma

 Pada permulaan, Riss akan ajar Bahasa Mandarin yang asas. Maknanya, 'basic' perbualan seharian kita. Seperti apa khabar, selamat pagi dan sewaktu dengannya. Dekat bawah Riss da sediakan perkataan yang basic, korang boleh berlatih bercakap dan jika anda nak copy gambar masuk pun Riss halal kan. Sebab ilmu kan patut dikongsi bersama.

jom belajar bahasa cina

Untuk bahagian kedua, Riss akan ajar cara perbualan pula. Insyaallah Riss akan buat video untuk anda semua lebih faham tentang bahasa ini. Moga ilmu yang Riss kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Assalamualaikum. Terima kasih sbb bagi tutorial Bahasa Mandarin ni. Nak gak belajar yg asal agar boleh berkomunikasi dgn mrka. Abam Kie Biters dtg jenguk blog dan follow sekali ye? Thanks.

    BalasPadam
  2. hai, thank you sebab bagi tutorial Bahasa Mandarin ini. senang nak ingat. harap akan ada part 2

    BalasPadam