6 Sebab Covid-19 di Brunei Terkawal

Covid-19!! Dengar sahaja perkataan ini pastinya satu dunia mengeletar badan. Setakat 14/11/2020, jumlah yang telah dijangkiti di Malaysia sebanyak 46,209 kes dan membabitkan 306 jumlah kematian di seluruh Malaysia. 

covid-19 brunei
Brunei!! Boleh dikatakan keadaan Covid-19 di negara itu dalam keadaan yang terkawal. Menurut Siaran Akbar SITUASI TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM , jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dicatatkan di Negara itu sebanyak 148 kes. Untuk pengetahuan anda, kes terakhir yang membabitkan rakyat tempatan pada 6 mei 2020 iaitu  191 hari yang lalu. Dan kes terakhir Import pada 22 october 2020 yang membabitkan  lelaki berumur 40 tahun yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari Kuala Lumpur.

Di sini, Riss nak bagi beberapa sebab, kenapa Brunei boleh kawal penularan penyakit berjangkit ini. opsss!!! Sebelum itu, Riss nak bagitahu ini hanyalah pandangan Riss dan fakta-fakta Rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negara Brunei.

1. SEKAT KEMASUKKAN PELANCONG CHINA (HUBEI) PADA AKHIR JANUARI 2020

Brunei mengambil langkah awal bagi membendung gejala ini. Menteri Kesihatan Brunei, YB Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Isham Hj Jaafar berkata, sesiapa sahaja yang mengunjungi wilayah Hubei - pusat wabak koronavirus - dalam 14 hari terakhir akan dilarang memasuki Brunei, kecuali warga Brunei dan penduduk tetap. (30 january 2020)



2. MENGESAN CLOSE CONTACT JIKA TERKENA COVID-19

Kementerian Kesihatan Brunei telah meningkatkan usaha untuk mengesan close contact orang yang positive Covid-19. Bagi Riss, ini terbukti keberkesanannya kerana Malaysia juga mengunakan cara ini untuk menjejaki pesakit yang telah dijangkiti wabak ini.
covid-19 brunei
kredit- google.com

3. SEMUA AKTIVITI SOSIAL SEPERTI PERKAHWINAN DAN SUKAN DITUNDA

Pada pertengahan bulan 3, kerajaan Brunei telah melarang sebarang aktiviti perkahwinan dan sukan bagi mengekang wabak ni berleluasa. Namun begitu, pabila kes covid-19 semakin menurut, Kerajaan Brunei telah melonggarkan sedikit peraturan bagi membenarkan majlis-majlis sosial di lakukan dengan syarat-syarat yang tertentu.


4. TUTUP SEMUA PINTU SEMPADAN DENGAN KETAT

Menurut kawan Riss yang berada di Brunei, sehingga kini Brunei masih belum buka pintu sempadannya & menjaga dengan ketat di pintu-pintu sempadan bagi mengekang pendatang tanpa izin masuk. Selain itu, penduduk Brunei juga tidak di benarkan keluar dari negara tersebut. 
kredit-Astro Awani

5. RAKYAT YANG PATUH PADA PEMERINTAHNYA.

Selama Riss "ulang-alik" Malaysia-Brunei, Riss boleh nampak betapa mereka taat dan patuh pada pemerintahnya. Jadi tidak heran la jika mereka mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan negara Brunei.
kredit-google.com

6. QR Bruhealth

Kalau kita ada My Sejahtera & hanya daftar masuk ke premis sahaja, mereka pula ada QR Bruhealth. Dimana mereka perlu diimbas oleh pelanggan sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis. ia bertujuan untuk membolehkan pihak berwajib memantau dan membuat pengesanan kontak COVID-19 jika diperlukan. 
kredit - Kementerian Kesihatan Brunei

Riss ingat lagi kali terakhir Riss pergi ke Brunei iaitu bulan 2. Mereka telah memulakan langkah berjaga-jaga dengan check suhu di pintu-pintu sempadan. Dari situ da mula nampak usaha mereka bagi mengekang COVID-19 dari terus berleluasa. Riss juga doakan agar kita semua, tidak kira Malaysia atau Brunei bah kan seluruh dunia dapat menemui vaksin COVID-19 dengan cepat dan selamat digunakan. Insyaallah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Point utama ialah kepatuhan kepada pemimpin... Betapa ramai yang tak patuh SOP kat sini... Tak yah kata warga asing . Warganegara pun sama ... Tu geng yang percaya dakyah konspirasi lagi... Kalau kita semua bersatu macam rakyat Brunei .. InshaAllah... Kita pun boleh redakan Covid-19.

    BalasPadam